Search This Blog

Monday 9 April 2018

Pengalaman di SK Sungai Binjai, Meru

Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai, inilah sekolah saya semenjak dari Tahun 1 hingga Tahun 6 banyak pengalaman yang indah yang perlu saya ingat dan kenang.

Hari Anugerah Kecemerlangan
Ini ialah hari yang saya tunggu-tunggu.  Saya telah dianugerahkan oleh pihak sekolah sebagai pelajar terbaik PBS. Terimakasih buat cikgu-cikgu yang mengajar saya dan paling terimakasih buat ibu saya
Berbaris bersama-sama kawan-kawan sebelum menerima hadiah. Berkawan biar cemerlang.

Ini ialah hadiah yang saya dapat. Terima kasih untuk mereka yang sentiasa menyokong saya, terutamanya ibu saya.
Pada tahun lepas saya telah di anugerahkan pelajar terbaik PBS 

PROGRAM PERMATA GEMILANG
Sekinchan, Selangor


Saya dan kawan-kawan bergambar bersama -sama  Pegawai PPD Klang dan Guru Besar  Sek Keb Sungai Binjai.sebelum bertolak ke Sekinchan untuk Program Permata Gemilang. Hari itu ialah hari yang sangat menyeronokkkan saya kerana telah terpilih dalam program tersebut.


MAJLIS PENYERAHAN PENAJAAN DIDIK
 OLEH PENGERUSI YAYASAN ECO WORD
 DI SK SUNGAI BINJAI BERSAMA
 TAN SRI LEE LAM THYE

Pengerusi Yayasan Eco World,Tan Sri Lee Lam Thye (tengah) 
melihat sisipan Didik bersama para pelajar sempena Majlis Penyerahan Penajaan Didik oleh Yayasan Eco world di Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai.


Saya sedang memerhatikan Tan Sri Lee Lam Thye berkongsi cara menggunakan akhbar Didik di dalam kelas bersama seorang pelajar perempuan

Saya mengharapkan agar akhbar Didik dapat membantu kami untuk mencapai kejayaan 6A didalam UPSR nanti.

KAWAD KAKI SK SUNGAI BINJAI
Pasukan Kawad Kaki SK Sungai Binjai sudah lama ditubuhkan. Kawad Kaki memerlukan kekuatan fizikal dan mental.

Ini ialah sesi latihan kawad kaki. Walaupun cuaca sangat panas tetapi kami tetap berlatih.Latihan yang saya lakukan termasuk cara untuk beralih arah depan ke belakang dan juga perlahan jalan Semoga dengan latihan kami yang konsisten kami mendapat Johan dalam pertandingan nanti.



Hari ni saya belajar cara melakukan formasi. Saya mesti sentiasa fokus kepada arahan Ketua Platun. Cuaca hari ini sangat panas terik.  Rasa haus memang tak boleh cakap lah..


Jurulatih kawad memberi tunjuk ajar cara membuat formasi yang betul
Mendengar taklimat dari jurulatih ditengah-tengah panas terik











Pagi ini Hari Selasa, saya dan kawan-kawan melakukan solat Hajat di surau sekolah memohon redha Allah S.W.T di imamkan oleh Ustaz Saiful Yamin












Selepas solat Ustaz Saiful Yamin memberi sedikit Tazkirah kepada peserta kawad. Terima kasih ustaz



















Selepas sembahyang hajat diadakan bacaan Yassin. Semoga Allah memberkati usaha-usaha kami. Ya Allah doakan kemenangan bagi pasukan kawad kaki sekolah kami


Selepas solat hajat kami akan melakukan latihan lagi memandangkan esok kami akan bertanding.


Pada waktu petangnya selepas solat zuhor kami akan bertolak ke SK Kampung Johan Setia, Klang untuk melakukan latihan. 

Hari ini hari Rabu (11 /4/2018) , hari ini kami akan melakukan latihan kawad secara insentif iaitu pagi, petang dan malam. Malam ini kami akan bermalam di sekolah untuk melakukan latihan akhir. 




Sebelum memulakan latihan pada waktu malam cikgu-cikgu yang menjaga kami akan memberi kami menikmati makan malam. Malam ini kami makan nasi berlaukan sup ayam dan sambal kicap. Sangat menyelerakan.



12/4/2018. Kami sudah berada di dalam bas untuk pergi bertanding di SK Kampung Johan Setia, Klang. Perasaan saya , gembira dan berdebar-debar. 







Sebelum bertanding kami telah menukar t-shirt pengakap kepada pakaian uniform pengakap. Jurulatih membantu kami untuk membetulkan uniform yang di pakaian supaya dalam keadaan betul, kemas dan segak.

Pasukan kawad kaki sekolah sedang membuat persembahan. Ketua Platun  memberi arahan. Fokus,fokus





Para peserta kawad kaki sekolah sedang menunggu keputusan. Hati penuh debaran. Redha je keputusan yang keluar. 


Keputusan telah di umumkan. Pasukan kawad kaki sekolah kami mendapat tempat kedua. Alhamdulillah.

Terima kasih kepada Cikgu Nor Hasni, Cikgu Izzatul, Cikgu Halimatusaadiah , semua cikgu-cikgu yang membantu dan abang-abang jurulatih kawad. Anda semua telah memberi saya pengalaman yang amat berharga













25 comments:

  1. Good activity for student

    ReplyDelete
  2. Akak pon pernah bersekolah disitu. Tahniah dik atas penganugerahan. Terua maju jaya

    ReplyDelete
  3. Wah, kawad kaki! Sk. Sg Binjai memang terkenal dengan kelebihan pasukan kawad kaki😱 Tahniah haqem, semoga terus cemerlang dunia & akhirat ;).

    ReplyDelete
  4. Wahhh tahniahh Haqemm😊 moga cemerlang di dunia dan akhirat😘

    ReplyDelete
  5. terima kasih mendoakan saya

    ReplyDelete
  6. Tahniah atas kejayaan,adik.Semoga dapat melakar lagi kejayaan di masa2 akan datang.Selamat Maju Jaya☺

    ReplyDelete
  7. Good job adik haqem 👍🏻 Keep it up and keep moving forward. Jadilah insan yang berjaya kelak.

    ReplyDelete
  8. Tahniah!!!!.... Semoga terus cemerlang dan mencipta kejayaan....

    ReplyDelete
  9. Tahniah ���� Semoga terus cemerlang. Capai impian dengan penuh azam dan semangat ��

    ReplyDelete
  10. Tahniahhh dikkk!!! Semoga adik terus menerus melakar kejayaan di masa akan datang!! Pencapaian adik ni cukup membanggakan..tahniah lagi sekali..goodluck!!

    ReplyDelete
  11. Semoga menjadi anak yang berjaya dunia akhirat. Teruskan usaha.Semoga Allah sentiasa memberkati mu selalu

    ReplyDelete
  12. Syabas haqem...semoga terus cemerlang

    ReplyDelete
  13. Tahniah haqem . Semoga berjaya dunia akhirat dan menjadi anak yg soleh

    ReplyDelete
  14. Congratulations on your success Haqem!! Anyway, I heard from teachers that you're the participant for Tokoh Dr. Muda, representing SK Sg. Binjai for this year. Just sharing, I was a student there and I had joined Konvensyen Dr. Muda too! Fyi, I was titled as Tokoh Dr. Muda until state level and went to national level in Penang, representing Selangor in 2011. It was fun back then and I gained a lot of experience while making friends. Just call me Kak Fazlyana anyway hehe. Currently, I am studying in foundation year and will be pursuing my studies in New Zealand. As an alumni of of SKSB and Tokoh Dr. Muda, I hope that you will do the best in this competition and do contact me if you need anything! Make your school proud of you and goodluck, Haqem!!!

    ReplyDelete
  15. Tahniah,adik haqem.Good luck for your exams in this year.

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Hi there !
    I really love your blog. Success does not come by itself. It comes from HARD WORK,SACRIFICE and STRUGGLE. Congratulations big boy !

    Salute all the way from England

    ReplyDelete
  20. Hello pal ! how you doing ?
    I just received your letter a day ago. Congratulations on your success ! You have such a great stories to tell your grandchildren in the future. By the way, that foods look so good ! How come you guys get treated with great foods during the camp ? You should come to Australia and join the camp here one fine day. It would be great !

    ReplyDelete

Pengalaman di SK Sungai Binjai, Meru

Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai, inilah sekolah saya semenjak dari Tahun 1 hingga  Tahun 6 banyak pengalaman yang indah yang perlu saya...