Search This Blog

Monday 9 April 2018

Pengalaman di SK Sungai Binjai, Meru

Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai, inilah sekolah saya semenjak dari Tahun 1 hingga Tahun 6 banyak pengalaman yang indah yang perlu saya ingat dan kenang.

Hari Anugerah Kecemerlangan
Ini ialah hari yang saya tunggu-tunggu.  Saya telah dianugerahkan oleh pihak sekolah sebagai pelajar terbaik PBS. Terimakasih buat cikgu-cikgu yang mengajar saya dan paling terimakasih buat ibu saya
Berbaris bersama-sama kawan-kawan sebelum menerima hadiah. Berkawan biar cemerlang.

Ini ialah hadiah yang saya dapat. Terima kasih untuk mereka yang sentiasa menyokong saya, terutamanya ibu saya.
Pada tahun lepas saya telah di anugerahkan pelajar terbaik PBS 

PROGRAM PERMATA GEMILANG
Sekinchan, Selangor


Saya dan kawan-kawan bergambar bersama -sama  Pegawai PPD Klang dan Guru Besar  Sek Keb Sungai Binjai.sebelum bertolak ke Sekinchan untuk Program Permata Gemilang. Hari itu ialah hari yang sangat menyeronokkkan saya kerana telah terpilih dalam program tersebut.


MAJLIS PENYERAHAN PENAJAAN DIDIK
 OLEH PENGERUSI YAYASAN ECO WORD
 DI SK SUNGAI BINJAI BERSAMA
 TAN SRI LEE LAM THYE

Pengerusi Yayasan Eco World,Tan Sri Lee Lam Thye (tengah) 
melihat sisipan Didik bersama para pelajar sempena Majlis Penyerahan Penajaan Didik oleh Yayasan Eco world di Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai.


Saya sedang memerhatikan Tan Sri Lee Lam Thye berkongsi cara menggunakan akhbar Didik di dalam kelas bersama seorang pelajar perempuan

Saya mengharapkan agar akhbar Didik dapat membantu kami untuk mencapai kejayaan 6A didalam UPSR nanti.

KAWAD KAKI SK SUNGAI BINJAI
Pasukan Kawad Kaki SK Sungai Binjai sudah lama ditubuhkan. Kawad Kaki memerlukan kekuatan fizikal dan mental.

Ini ialah sesi latihan kawad kaki. Walaupun cuaca sangat panas tetapi kami tetap berlatih.Latihan yang saya lakukan termasuk cara untuk beralih arah depan ke belakang dan juga perlahan jalan Semoga dengan latihan kami yang konsisten kami mendapat Johan dalam pertandingan nanti.



Hari ni saya belajar cara melakukan formasi. Saya mesti sentiasa fokus kepada arahan Ketua Platun. Cuaca hari ini sangat panas terik.  Rasa haus memang tak boleh cakap lah..


Jurulatih kawad memberi tunjuk ajar cara membuat formasi yang betul
Mendengar taklimat dari jurulatih ditengah-tengah panas terik











Pagi ini Hari Selasa, saya dan kawan-kawan melakukan solat Hajat di surau sekolah memohon redha Allah S.W.T di imamkan oleh Ustaz Saiful Yamin












Selepas solat Ustaz Saiful Yamin memberi sedikit Tazkirah kepada peserta kawad. Terima kasih ustaz



















Selepas sembahyang hajat diadakan bacaan Yassin. Semoga Allah memberkati usaha-usaha kami. Ya Allah doakan kemenangan bagi pasukan kawad kaki sekolah kami


Selepas solat hajat kami akan melakukan latihan lagi memandangkan esok kami akan bertanding.


Pada waktu petangnya selepas solat zuhor kami akan bertolak ke SK Kampung Johan Setia, Klang untuk melakukan latihan. 

Hari ini hari Rabu (11 /4/2018) , hari ini kami akan melakukan latihan kawad secara insentif iaitu pagi, petang dan malam. Malam ini kami akan bermalam di sekolah untuk melakukan latihan akhir. 




Sebelum memulakan latihan pada waktu malam cikgu-cikgu yang menjaga kami akan memberi kami menikmati makan malam. Malam ini kami makan nasi berlaukan sup ayam dan sambal kicap. Sangat menyelerakan.



12/4/2018. Kami sudah berada di dalam bas untuk pergi bertanding di SK Kampung Johan Setia, Klang. Perasaan saya , gembira dan berdebar-debar. 







Sebelum bertanding kami telah menukar t-shirt pengakap kepada pakaian uniform pengakap. Jurulatih membantu kami untuk membetulkan uniform yang di pakaian supaya dalam keadaan betul, kemas dan segak.

Pasukan kawad kaki sekolah sedang membuat persembahan. Ketua Platun  memberi arahan. Fokus,fokus





Para peserta kawad kaki sekolah sedang menunggu keputusan. Hati penuh debaran. Redha je keputusan yang keluar. 


Keputusan telah di umumkan. Pasukan kawad kaki sekolah kami mendapat tempat kedua. Alhamdulillah.

Terima kasih kepada Cikgu Nor Hasni, Cikgu Izzatul, Cikgu Halimatusaadiah , semua cikgu-cikgu yang membantu dan abang-abang jurulatih kawad. Anda semua telah memberi saya pengalaman yang amat berharga













Friday 6 April 2018

Sekolah Rendah Agama Pekan Meru

Aktiviti saya di SRA Pekan Meru 
Nama saya Muhammad Haqem. Saya bersekolah di SRA Pekan Meru Di SRA Pekan Meru saya belajar tentang Sirah Nabi, Fardu Ain, Tauhid dan Tajwid. Saya juga aktif dalam ko-kurikulum yang diadakandi SRA Pekan Meru sama  ada diperingkat sekolah, daerah atau negeri.
Saya telah dilantik menjadi ketua pengawas di SRA Meru  bagi sesi  2018. Tugas Ketua pengawas bukan saja membantu guru menjaga disiplin sekolah tetapi juga  saya ditugaskan membaca Al-Mathurat setiap hari sebelum bermulanya sesi pembelajaran pada sesi petang.

Doakan saya menjadi anak yang soleh dan memperolehi kejayaan yang cemerlang dunia dan akhirat

NASYID PERINGKAT SEKOLAH
Pertandingan nasyid diadakan ketika Hari Amal Islami di SRA Pekan Meru . Saya telah menyertai pertandingan ini selama 3 tahun berturut-turut ketika berada di tahap 2. Manakala pada tahap 1 saya telah menyertai Pertandingan Bercerita
Ini acara Amal Islami peringkat sekolah. Saya mewakili Rumah Ibnu Khaldun dalam nyanyian nasyid.

           

Saya dan kumpulan saya sedang mempersembahkan nasyid di atas pentas. Rasa baru 'excited' menyanyi di atas pentas rupanya sudah di penghujung lagu. 


KEM KEPIMPINAN PENGAWAS
Kem pengawas ini diadakan setiap tahun untuk para pengawas yang lama dan baru dilantik oeh ihak sekolah. Kem ini memberi peluang kepada saya 

   Saya sedang mendengar ceramah dari penceramah jemputan
Saya mencatit isi penting yang dirasakan perlu

NASYID PERINGKAT DAERAH
Saya telah terpilih menjadi wakil nasyid peringkat daerah untuk tahun 2018. Nasyid ini telah diadakan di SRA Sg Udang Klang pada hari Ahad, 1 April 2018.




Kami berlatih nasyid bukan sahaja pada hari persekolahan tetapi kami juga berlatih pada waktu cuti persekolahan dan hari Ahad. Kami berlatih nasyid termasuk gaya persembahan dan melodi.

Hari ini 1/4/2018 ialah hari pertandingan nasyid peringkat daerah. Kami telah menyanyikan 2 buah lagu nasyid .
Umi saya telah datang memberi sokongan kepada saya. Terima kasih Umi.
Alhamdulillah, berkat kerja keras kami, Ustaz Azri dan Ustaz Syakirin, kami telah berjaya menjadi Johan peringkat daerah. Terima kasih ustaz. Kami akan bertanding dperingkat negeri pada 12/5/2018. Doakan kami meraih Johan juga.

Saya dan ahli pasukan nasyid sekolah telah diberi peluang untuk membuat persembahan pada Mesyuarat Agung PIBG kali ke 19 yang berlangsung pada 15/4/2018.





Pada mesyuarat agung ini juga ,murid-murid yang mendapat 8A dan 7A di dalam peperiksaan UPKK(Ujian Penilaian Kelas Kafa) telah diberi di beri penghargaan.


Pengalaman di SK Sungai Binjai, Meru

Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai, inilah sekolah saya semenjak dari Tahun 1 hingga  Tahun 6 banyak pengalaman yang indah yang perlu saya...