Ini ialah blog saya. Nama saya Muhammad Haqem bin Ilias. Saya lahir pada tahun 2006. Saya mempunyai 6 orang adik beradik.Abang sulung dan kakak saya sedang belajar di IPTA, di Shah Alam.Manakala abang saya yang kedua dan ketiga iaitu Abang Arif dan abang Thaqif sedang belajar di salah sebuah sekolah berasrama penuh di ombak. Adik saya yang bongsu berumur 8 tahun. Hubungan kami adik beradik sangat rapat walaupun kami jarang bertemu. Sebulan sekali abang Arif dan abang Thaqif akan pulang bermalam manakala abang sulong dan kakak saya akan pulang setiap 2 minggu ataupun semasa mereka tidak sibuk dengan tugasan. Abang Thaqif saya suka menyakat tetapi dia sangat sayang pada saya dan adik saya. Abang Arif saya suka mengajar saya Subjek Sains sebab katanya dia terror Sains. Iya lah tu. Terima kasih abang Arif. Manakala kakak saya suka mengajar kami mengaji. Kakak pandai mengaji., kalau salah dia tak pernah marah. Abang sulung suka ajak kami bermain Scrabble atau Catur sebab kalau main confirm dia akan menang.
Kejayaan abang-abang dan kakak saya telah menjadi inspirasi kepada saya untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.
Ini ialah antara aktiviti kami bila kami berkumpul
Makan KFC di Setia Alam
|
Hari ni hari Jumaat. Abang Arif dan Abang Thaqif pulang bermalam. Abang sulong dan kakak pun ada. Umi ajak makan di KFC Setia Alam. Umi pesan awal-awal lagi. jangan makan kulit ayam. Banyak lemak dan tak baik untuk kesihatan.Tapi kulit ayam pun sedap jugak. Kadang-kadang termakan juga sebab kat situ ada tepung nya yang rangup. Jangan marah tau umi.
|
Jalan-jalan di AEON Mall Shah Alam
Aeon Shah Alam merupakan satu pusat membeli belah yang bertemakan Islam dan Jepun.
Terdapat 4 musim yang cuba diperkenalkan oleh Negara Jepun di Aeon Shah Alam. Musim Bunga (Haru), Musim Panas (Natsu), Musim Sejuk (Fuyu) dan Musim Luruh (Aki). Kalau ada sesiapa yng ingin merasai membeli belah seperti di Negara Jepun bolehlah datang ke Aeon Shah alam seperti kami...
i-City merupakan taman tema yang terletak di Shah Alam. Ia dikenali dengan nama Kota Lampu Digital. Malam ini saya bersama keluarga berjalan-jalan di Kota Lampu digital ini melihat pokok-pokok lampu digital. Warna warni menghiasi waktu malam dan ia sangat menakjubkan.
|
Pemandangan yang di ambil dari tepi jalan masuk ke i-City |
|
Inilah pokok lampu digital. Saya bergambar di bawah pokok lampu digital bersama adik bongsu dan kakak |
|
Gambar gambar di sekitar i City. Malam ni kami tidak masuk ke dalam snow walk. Kami hanya bersiar-siar melihat pemandangan di iCity
|
Melawat ke Pusat Sains Negara
Pusat Sains Negara merupakan adalah merupakan institusi pendidikan tidak formal dengan menyediakan dua aras iaitu pameran dan galeri serta sebuah taman pendidikan Wonderland yang terletak diluar bangunan. Bahan Pameran ini sesuai untuk peringkat umur.
Pada cuti sekolah kali ini, umi telah membawa saya dan adik beradik saya yang lain pergi ke pusat Sains Negara untuk melihat pameran tersebut dan menghadiri aktiviti STEM (Science Technology Engineering and Mathematics )
|
Ini ialah pintu masuk kedalam kawasan pameran dan seterusnya ke kawasan Galeri di tingkat atas.Pagi ini terlalu ramai pengunjung kerana kami datang agak lewat. Ramai peserta yang menghadiri aktiviti STEM telah masuk ke dewan. Sepanjang jalan masuk ke pameran ini terdapat banyak ikan-ikan yang ada di dalam akuarium.
|
|
Bergambar dihadapan akuarium di laluan masuk ke pameran sains |
|
Ini ialah kesan Ilusi optik. Gambar dibelakang tu nampak macam ada ruang besar.Tetapi sebenarnya ia hanya papan sekeping.Macam mana saya tahu itu ialah ilusi optik sebab kat hadapan tu ada nota menerangkan berkenaan dengan paapan tu.Bila saya google nama lain bagi ilusi optik ialah ilusi Ponso
|
|
Ini ialah aktiviti sains yang saya sempat melakukannya di ruang pameran
Pusat Sains Negara |
|
Pertunjukan Sains secara 'live' merupakan pertunjukkan yang ditunggu-tunggu oeh pengunjung Pusat Sains Negara.
Disini adik saya Syahmi telah terpilih menjadi peserta kepada pertunjukan itu. Pertunjukan kali ini menggunakan Nitrogen cecair. Apabila sekuntum bunga dicelup kedalam Nitrogen cecair ia akan menjadi keras. Ini kerana suhu Nitrogen cecair ialah -196 darjah Celcius. Sungguh menakjubkan ! Saya sebagai penonton di bawah pentas merasa kesejukan wap Nitrogen Cecair apabila sesekali demonstrator menuangkan cecair ke atas lantai.
|
|
Ini ialah pemandangan dari atas Pusat Sains Negara. Saya , abang-abang dan adik bergambar kenang-kenangan selepas solat Zuhor |
AQUARIA , KLCC
Aquaria ialah sebuah lautan (oceanarium) yang terletak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di Kuala Lumpur City Centre . Ia mempunyai lebih dari 150 spesies kehidupan laut termasuk ikan paus harimau yang menakutkan, ikan pari biru, kuda laut dan lain-lain lagi.
|
Ini ialah lorong masuk ke Aquaria, KLCC |
|
Ini ialah obor-obor. Badan obor-obor bersifat lut cahaya menyebabkan ia menjadi transparent dengan cahaya lampu yang berwarna warni. Cantik sangat-sangat. |
|
Antara hidupan laut yang terdapat di dalam Aquaria. sotong Kurita nya sangat besar, Ikan pari dengan mulut yang besar. Saya berkesempatan untuk melihat petugas memberi makan kepada ikan paus. Saya merasa sangat seronok melihat banyak spesies hidupan laut di Aquaria.
|
|
Melalui terowong di aquaria ialah pengalaman yang sangat menyeronokkan. Kita berada seperti di dalam laut kerana kita dikelilingi oleh bermacam-macamm jenis ikan di atas kepala dan di tepi kita.
Saya akan mengajak keluarga saya untuk datang ke Aquaria pada cuti sekolah yang akan datang
|
PETROSAINS
Petrosains merupakan sebuah muzium moden yang memberi tumpuan kepada sains dan teknologi industri tenaga yang dilengkapi dengan kafe dan kedai hadiah. Ia terletak di aras 4 Suria KLCC, Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Hari ini saya dibawa oleh umi ke Petrosains pula selepas pergi ke Aquaria. Walaupun penat tetapi ia sangat menyeronokkan.
|
Saya menaiki 'Dark Ride' iaitu kenderaan yang membawa kami ke ruang pameran dalam Petrosains. Tetapi tidak boleh mengambil gambar didalam 'Dark Ride' sebab keadaannya terlalu gelap. Menaiki 'Dark Ride' terasa seperti menaiki keretapi dalam gua.
|
|
Aktiviti ini ialah untuk menguji tenaga keupayaan kita. Kayuhannya sangat berat.
Saya cuama boleh mengayuh jarak yang dekat sahaja walaupun saya mengayuh 2 orang. |
|
Kuiz menguji minda. Saya mendapat skor 80 %. Kira ok lah tu |
|
Ini ialah atom-atom yang terdapat di Petrosains untuk mempelajari dunia kimia petroleum. Ia dikenali sebagai Dunia 'Nano'.Sayam merasa sangat teruja kerana dapat melihat replika atom-atom tersebut. |
|
Replika dinasour dan gunung berapi ini terdapat di ruang pameran Petrosains. Bunyi-bunyi yang seakan keluar dari dinasur dan asap yang keluar dari gunung berapi ini boleh menyebabkan seolah-olah saya berada di zaman purba. |
Hari Keluarga di KSL Resort & Hotel
KSL Resort Resort & Hotel terletak di tengah-tengah pusat bandar Johor Bharu. Ia disambungkan ke pusat membeli belah dan menyediakan taman tema percuma untuk pengunjung hotel tersebut. Ia berdekatan dengan Singpura dan Legoland.
|
Kami bergambar beramai-ramai di taman tema Hotel KSL sebelum mandi dikolam renang |
|
Bergambar di hadapan replika dinasour di taman tema hotel |
|
Inilah aktiviti yang saya tunggu-tunggu. Saya mandi di kolam renang yang sedikit dalam sambil menyelam. Kami menguji kehandalan menyelam . Siapa paling menyelam dia lah paling terror. |
|
Seronoknya ! airnya sangat sejuk |
Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a, Shah Alam
Peninggalan Rasulullah seharusnya dijaga dengan rapi kerana ia merupakan barang sejarah yang sangat berharga. Saya telah pergi ke Pameran Artifak ini. Saya merasa sangat teruja dapat melihat hasil peninggalan Rasulullah dan para sahabat.
|
Kelambu Kaabah ini antara salah satu bahan yang di pamerkan. Ia sangat cantik dan sangat besar. |
|
Sebiji beras yang tertulis dengan surah al-Ikhlas |
|
Rambut Rasululullah. Pertama kali saya dapat melihat rambut Rasulullah. Tiada bayang kelihatan. Sungguh Menakjubkan ! |
|
Ini ialah salah satu manuskrip ayat-ayat al Quran yang pertama yang terdapat di pameran tersebut
|
|
Serban Rasulullah yang diperbuat dari kulit kayu, kain dan kulit unta.
Melaka Bandar Bersejarah
Melaka merupakan bandar bersejarah yang menjadi tumpuan para pelancong. Ramai pelancong dari dalam dan luar negara melawat Melaka terutamanya semasa cuti persekolahan.
Biasanya tempat yang kami pergi ialah Muzium Samudera Melaka atau Muzium Maritime Melaka yang terletak di Bandaraya Melaka. Di situ kami dapat melihat meriam lama yang digunakan pada zaman penjajahan Portugis dan Belanda.
Ini ialah antara pameran yang terdapat di dalam Muzium Samudera Melaka.
Kami juga sering melawat ke Muzium Kapal Selam Melaka. Pengunjung boleh masuk ke dalam kapal tersebut. Ruangnya amat sempit dan panas. Saya merasa amat gembira apabila saya dapat mengunjungi negeri Melaka selalu.
|