Search This Blog

Monday 9 April 2018

Pengalaman di SK Sungai Binjai, Meru

Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai, inilah sekolah saya semenjak dari Tahun 1 hingga Tahun 6 banyak pengalaman yang indah yang perlu saya ingat dan kenang.

Hari Anugerah Kecemerlangan
Ini ialah hari yang saya tunggu-tunggu.  Saya telah dianugerahkan oleh pihak sekolah sebagai pelajar terbaik PBS. Terimakasih buat cikgu-cikgu yang mengajar saya dan paling terimakasih buat ibu saya
Berbaris bersama-sama kawan-kawan sebelum menerima hadiah. Berkawan biar cemerlang.

Ini ialah hadiah yang saya dapat. Terima kasih untuk mereka yang sentiasa menyokong saya, terutamanya ibu saya.
Pada tahun lepas saya telah di anugerahkan pelajar terbaik PBS 

PROGRAM PERMATA GEMILANG
Sekinchan, Selangor


Saya dan kawan-kawan bergambar bersama -sama  Pegawai PPD Klang dan Guru Besar  Sek Keb Sungai Binjai.sebelum bertolak ke Sekinchan untuk Program Permata Gemilang. Hari itu ialah hari yang sangat menyeronokkkan saya kerana telah terpilih dalam program tersebut.


MAJLIS PENYERAHAN PENAJAAN DIDIK
 OLEH PENGERUSI YAYASAN ECO WORD
 DI SK SUNGAI BINJAI BERSAMA
 TAN SRI LEE LAM THYE

Pengerusi Yayasan Eco World,Tan Sri Lee Lam Thye (tengah) 
melihat sisipan Didik bersama para pelajar sempena Majlis Penyerahan Penajaan Didik oleh Yayasan Eco world di Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai.


Saya sedang memerhatikan Tan Sri Lee Lam Thye berkongsi cara menggunakan akhbar Didik di dalam kelas bersama seorang pelajar perempuan

Saya mengharapkan agar akhbar Didik dapat membantu kami untuk mencapai kejayaan 6A didalam UPSR nanti.

KAWAD KAKI SK SUNGAI BINJAI
Pasukan Kawad Kaki SK Sungai Binjai sudah lama ditubuhkan. Kawad Kaki memerlukan kekuatan fizikal dan mental.

Ini ialah sesi latihan kawad kaki. Walaupun cuaca sangat panas tetapi kami tetap berlatih.Latihan yang saya lakukan termasuk cara untuk beralih arah depan ke belakang dan juga perlahan jalan Semoga dengan latihan kami yang konsisten kami mendapat Johan dalam pertandingan nanti.



Hari ni saya belajar cara melakukan formasi. Saya mesti sentiasa fokus kepada arahan Ketua Platun. Cuaca hari ini sangat panas terik.  Rasa haus memang tak boleh cakap lah..


Jurulatih kawad memberi tunjuk ajar cara membuat formasi yang betul
Mendengar taklimat dari jurulatih ditengah-tengah panas terik











Pagi ini Hari Selasa, saya dan kawan-kawan melakukan solat Hajat di surau sekolah memohon redha Allah S.W.T di imamkan oleh Ustaz Saiful Yamin












Selepas solat Ustaz Saiful Yamin memberi sedikit Tazkirah kepada peserta kawad. Terima kasih ustaz



















Selepas sembahyang hajat diadakan bacaan Yassin. Semoga Allah memberkati usaha-usaha kami. Ya Allah doakan kemenangan bagi pasukan kawad kaki sekolah kami


Selepas solat hajat kami akan melakukan latihan lagi memandangkan esok kami akan bertanding.


Pada waktu petangnya selepas solat zuhor kami akan bertolak ke SK Kampung Johan Setia, Klang untuk melakukan latihan. 

Hari ini hari Rabu (11 /4/2018) , hari ini kami akan melakukan latihan kawad secara insentif iaitu pagi, petang dan malam. Malam ini kami akan bermalam di sekolah untuk melakukan latihan akhir. 




Sebelum memulakan latihan pada waktu malam cikgu-cikgu yang menjaga kami akan memberi kami menikmati makan malam. Malam ini kami makan nasi berlaukan sup ayam dan sambal kicap. Sangat menyelerakan.



12/4/2018. Kami sudah berada di dalam bas untuk pergi bertanding di SK Kampung Johan Setia, Klang. Perasaan saya , gembira dan berdebar-debar. 







Sebelum bertanding kami telah menukar t-shirt pengakap kepada pakaian uniform pengakap. Jurulatih membantu kami untuk membetulkan uniform yang di pakaian supaya dalam keadaan betul, kemas dan segak.

Pasukan kawad kaki sekolah sedang membuat persembahan. Ketua Platun  memberi arahan. Fokus,fokus





Para peserta kawad kaki sekolah sedang menunggu keputusan. Hati penuh debaran. Redha je keputusan yang keluar. 


Keputusan telah di umumkan. Pasukan kawad kaki sekolah kami mendapat tempat kedua. Alhamdulillah.

Terima kasih kepada Cikgu Nor Hasni, Cikgu Izzatul, Cikgu Halimatusaadiah , semua cikgu-cikgu yang membantu dan abang-abang jurulatih kawad. Anda semua telah memberi saya pengalaman yang amat berharga













Friday 6 April 2018

Sekolah Rendah Agama Pekan Meru

Aktiviti saya di SRA Pekan Meru 
Nama saya Muhammad Haqem. Saya bersekolah di SRA Pekan Meru Di SRA Pekan Meru saya belajar tentang Sirah Nabi, Fardu Ain, Tauhid dan Tajwid. Saya juga aktif dalam ko-kurikulum yang diadakandi SRA Pekan Meru sama  ada diperingkat sekolah, daerah atau negeri.
Saya telah dilantik menjadi ketua pengawas di SRA Meru  bagi sesi  2018. Tugas Ketua pengawas bukan saja membantu guru menjaga disiplin sekolah tetapi juga  saya ditugaskan membaca Al-Mathurat setiap hari sebelum bermulanya sesi pembelajaran pada sesi petang.

Doakan saya menjadi anak yang soleh dan memperolehi kejayaan yang cemerlang dunia dan akhirat

NASYID PERINGKAT SEKOLAH
Pertandingan nasyid diadakan ketika Hari Amal Islami di SRA Pekan Meru . Saya telah menyertai pertandingan ini selama 3 tahun berturut-turut ketika berada di tahap 2. Manakala pada tahap 1 saya telah menyertai Pertandingan Bercerita
Ini acara Amal Islami peringkat sekolah. Saya mewakili Rumah Ibnu Khaldun dalam nyanyian nasyid.

           

Saya dan kumpulan saya sedang mempersembahkan nasyid di atas pentas. Rasa baru 'excited' menyanyi di atas pentas rupanya sudah di penghujung lagu. 


KEM KEPIMPINAN PENGAWAS
Kem pengawas ini diadakan setiap tahun untuk para pengawas yang lama dan baru dilantik oeh ihak sekolah. Kem ini memberi peluang kepada saya 

   Saya sedang mendengar ceramah dari penceramah jemputan
Saya mencatit isi penting yang dirasakan perlu

NASYID PERINGKAT DAERAH
Saya telah terpilih menjadi wakil nasyid peringkat daerah untuk tahun 2018. Nasyid ini telah diadakan di SRA Sg Udang Klang pada hari Ahad, 1 April 2018.




Kami berlatih nasyid bukan sahaja pada hari persekolahan tetapi kami juga berlatih pada waktu cuti persekolahan dan hari Ahad. Kami berlatih nasyid termasuk gaya persembahan dan melodi.

Hari ini 1/4/2018 ialah hari pertandingan nasyid peringkat daerah. Kami telah menyanyikan 2 buah lagu nasyid .
Umi saya telah datang memberi sokongan kepada saya. Terima kasih Umi.
Alhamdulillah, berkat kerja keras kami, Ustaz Azri dan Ustaz Syakirin, kami telah berjaya menjadi Johan peringkat daerah. Terima kasih ustaz. Kami akan bertanding dperingkat negeri pada 12/5/2018. Doakan kami meraih Johan juga.

Saya dan ahli pasukan nasyid sekolah telah diberi peluang untuk membuat persembahan pada Mesyuarat Agung PIBG kali ke 19 yang berlangsung pada 15/4/2018.





Pada mesyuarat agung ini juga ,murid-murid yang mendapat 8A dan 7A di dalam peperiksaan UPKK(Ujian Penilaian Kelas Kafa) telah diberi di beri penghargaan.


Wednesday 28 March 2018

Zaman Kanak-kanak Zaman Bergembira

Ini ialah blog saya. Nama saya Muhammad Haqem bin Ilias. Saya lahir pada tahun 2006. Saya mempunyai 6 orang adik beradik.Abang sulung dan kakak saya sedang belajar di IPTA, di Shah Alam.Manakala abang saya yang kedua dan ketiga iaitu Abang Arif dan abang Thaqif sedang belajar di salah sebuah sekolah berasrama penuh di ombak. Adik saya yang bongsu berumur 8 tahun. Hubungan kami adik beradik sangat rapat walaupun kami jarang bertemu. Sebulan sekali abang Arif dan abang Thaqif akan pulang bermalam manakala abang sulong dan kakak saya akan pulang setiap 2 minggu ataupun semasa mereka tidak sibuk dengan tugasan. Abang Thaqif saya suka menyakat tetapi dia sangat sayang pada saya dan adik saya. Abang Arif saya suka mengajar saya Subjek Sains sebab katanya dia terror Sains. Iya lah tu. Terima kasih abang Arif. Manakala kakak saya suka mengajar kami mengaji. Kakak pandai mengaji., kalau salah dia tak pernah marah. Abang sulung suka ajak kami bermain Scrabble atau Catur sebab kalau main confirm dia akan menang.
Kejayaan abang-abang dan kakak saya telah menjadi inspirasi kepada saya untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.




Ini ialah antara aktiviti kami bila kami berkumpul

Makan KFC di Setia Alam


Hari ni hari Jumaat. Abang Arif dan Abang Thaqif pulang bermalam. Abang sulong dan kakak pun ada. Umi ajak makan di KFC Setia Alam. Umi pesan awal-awal lagi. jangan makan kulit ayam. Banyak lemak dan tak baik untuk kesihatan.Tapi kulit ayam pun sedap jugak. Kadang-kadang termakan juga sebab kat situ ada tepung nya yang rangup. Jangan marah tau umi.
Jalan-jalan di AEON Mall Shah Alam
 Aeon Shah Alam merupakan  satu pusat membeli belah yang bertemakan Islam dan Jepun. Terdapat  4 musim yang cuba diperkenalkan oleh  Negara Jepun di Aeon Shah Alam. Musim Bunga (Haru), Musim Panas (Natsu), Musim Sejuk (Fuyu) dan Musim Luruh (Aki). Kalau ada sesiapa yng ingin merasai membeli belah seperti di Negara Jepun bolehlah datang ke Aeon Shah alam seperti kami...


Pemandangan hadapan AEON Shah Alam

Kami bergambar dihadapan kawasan
 musim sejuk. Tapi tak sejuk pun.
Acah-acah sejuk.Nampak tak kat
belakang tu da salji. Konon-konon
 ada kat  Negara Jepun
Musim Bunga .Patung ni ada kat
 situ jadi tak bergambar sebelah
 patung tu.


      Se malam di i-City Shah Alam
    i-City merupakan taman tema yang terletak di Shah Alam. Ia dikenali dengan nama Kota Lampu Digital. Malam ini saya bersama keluarga berjalan-jalan di Kota Lampu digital ini melihat pokok-pokok lampu digital. Warna warni menghiasi waktu malam dan ia sangat menakjubkan.


Pemandangan yang di ambil dari tepi  jalan masuk ke i-City
Inilah pokok lampu digital. Saya bergambar di bawah pokok lampu digital bersama adik bongsu dan kakak
Gambar gambar di sekitar i City. Malam ni kami tidak masuk ke dalam snow walk. Kami hanya bersiar-siar melihat pemandangan di iCity

       Melawat ke Pusat Sains Negara

   Pusat Sains Negara merupakan adalah merupakan institusi pendidikan tidak formal dengan menyediakan  dua aras iaitu pameran dan galeri serta sebuah taman pendidikan Wonderland yang terletak diluar bangunan. Bahan Pameran ini sesuai untuk peringkat umur.
   Pada cuti sekolah kali ini, umi telah membawa saya dan adik beradik saya yang lain pergi ke pusat Sains Negara untuk melihat pameran tersebut dan menghadiri aktiviti STEM (Science Technology Engineering and Mathematics )


Ini ialah pintu masuk kedalam kawasan pameran dan seterusnya ke kawasan Galeri di tingkat atas.Pagi ini terlalu  ramai pengunjung kerana kami datang agak lewat. Ramai peserta yang menghadiri aktiviti STEM telah masuk ke dewan. Sepanjang jalan masuk ke pameran ini terdapat banyak ikan-ikan yang ada di dalam akuarium.
Bergambar dihadapan akuarium di laluan masuk ke pameran sains
Ini ialah kesan Ilusi optik. Gambar dibelakang tu nampak macam ada ruang besar.Tetapi sebenarnya ia hanya papan sekeping.Macam mana saya tahu itu ialah ilusi optik sebab kat hadapan tu ada nota menerangkan berkenaan dengan paapan tu.Bila saya google  nama lain bagi ilusi optik ialah  ilusi Ponso
Ini ialah aktiviti sains yang saya sempat melakukannya di ruang pameran
Pusat Sains Negara
Pertunjukan Sains secara 'live'  merupakan pertunjukkan yang ditunggu-tunggu oeh pengunjung Pusat Sains Negara.
Disini adik saya Syahmi telah terpilih menjadi peserta kepada pertunjukan itu.  Pertunjukan kali ini menggunakan Nitrogen cecair. Apabila sekuntum bunga dicelup kedalam Nitrogen cecair ia akan menjadi keras. Ini kerana suhu Nitrogen cecair ialah  -196 darjah Celcius. Sungguh menakjubkan ! Saya sebagai penonton di bawah pentas merasa kesejukan wap  Nitrogen Cecair  apabila sesekali demonstrator menuangkan  cecair ke atas lantai.


Ini ialah pemandangan dari atas Pusat Sains Negara. Saya , abang-abang dan adik bergambar kenang-kenangan  selepas solat Zuhor
AQUARIA , KLCC
Aquaria ialah sebuah lautan (oceanarium) yang terletak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di Kuala Lumpur City Centre . Ia mempunyai lebih dari 150 spesies kehidupan laut termasuk ikan paus harimau yang menakutkan,  ikan pari biru, kuda laut dan lain-lain lagi.
Ini ialah lorong masuk ke Aquaria, KLCC
Ini ialah obor-obor. Badan obor-obor bersifat lut cahaya menyebabkan ia menjadi transparent dengan  cahaya lampu yang berwarna warni. Cantik sangat-sangat. 
Antara hidupan laut yang terdapat di dalam Aquaria. sotong Kurita nya sangat besar, Ikan pari dengan mulut yang besar. Saya berkesempatan untuk melihat petugas memberi makan kepada ikan paus. Saya  merasa sangat seronok melihat  banyak spesies hidupan laut di Aquaria.
Melalui terowong di aquaria ialah pengalaman yang sangat menyeronokkan. Kita berada seperti di dalam laut kerana kita dikelilingi oleh bermacam-macamm jenis ikan di atas kepala dan di tepi kita.

Saya akan  mengajak keluarga saya untuk datang ke Aquaria  pada cuti sekolah yang akan datang

                   PETROSAINS
Petrosains merupakan sebuah muzium moden yang memberi tumpuan kepada sains dan teknologi industri tenaga yang dilengkapi dengan kafe dan kedai hadiah. Ia terletak di aras 4 Suria KLCC, Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Hari ini saya dibawa oleh umi ke Petrosains pula selepas pergi ke Aquaria. Walaupun penat tetapi ia sangat menyeronokkan. 

Saya menaiki 'Dark Ride' iaitu kenderaan yang membawa kami ke ruang pameran dalam Petrosains. Tetapi tidak boleh mengambil gambar didalam 'Dark Ride' sebab keadaannya terlalu gelap. Menaiki 'Dark Ride' terasa seperti menaiki keretapi dalam gua.
Aktiviti ini ialah untuk menguji tenaga keupayaan kita. Kayuhannya sangat berat.
Saya cuama boleh mengayuh jarak yang dekat sahaja walaupun saya mengayuh 2 orang.
Kuiz  menguji minda. Saya mendapat skor 80 %. Kira ok lah tu 
Ini ialah atom-atom yang terdapat di Petrosains untuk mempelajari dunia kimia petroleum. Ia dikenali sebagai Dunia 'Nano'.Sayam merasa sangat teruja kerana dapat melihat replika atom-atom tersebut.
Replika dinasour dan gunung berapi ini terdapat di ruang pameran Petrosains. Bunyi-bunyi yang seakan keluar dari dinasur dan asap yang keluar dari gunung berapi ini boleh menyebabkan seolah-olah saya berada di zaman purba.

Hari Keluarga di KSL Resort & Hotel
KSL Resort Resort & Hotel terletak di tengah-tengah pusat bandar Johor Bharu. Ia disambungkan ke pusat membeli belah dan menyediakan taman tema percuma untuk pengunjung hotel tersebut. Ia berdekatan dengan Singpura dan Legoland.
Kami bergambar beramai-ramai di taman tema Hotel KSL sebelum mandi dikolam renang
Bergambar di hadapan replika  dinasour di taman tema hotel
Inilah aktiviti yang saya tunggu-tunggu. Saya mandi di kolam renang yang sedikit dalam sambil menyelam. Kami menguji kehandalan menyelam . Siapa paling menyelam  dia lah paling terror.
Seronoknya ! airnya sangat sejuk
Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a, Shah Alam
Peninggalan Rasulullah seharusnya dijaga dengan rapi kerana ia merupakan barang sejarah yang sangat berharga. Saya telah pergi ke Pameran Artifak ini. Saya merasa sangat teruja dapat melihat hasil peninggalan Rasulullah dan para sahabat. 

Kelambu Kaabah ini antara salah satu bahan yang di pamerkan. Ia sangat cantik dan sangat besar.

Sebiji beras yang tertulis dengan surah al-Ikhlas
Rambut Rasululullah. Pertama kali saya dapat melihat rambut Rasulullah. Tiada bayang kelihatan. Sungguh Menakjubkan !

Ini ialah salah satu manuskrip ayat-ayat al Quran yang pertama  yang terdapat di pameran tersebut

Serban Rasulullah  yang  diperbuat dari kulit kayu, kain dan kulit unta.


        Melaka Bandar Bersejarah
Melaka merupakan bandar bersejarah yang menjadi tumpuan para pelancong. Ramai pelancong dari dalam dan luar negara melawat Melaka terutamanya semasa cuti persekolahan. 
Biasanya tempat yang kami pergi ialah Muzium Samudera Melaka atau Muzium Maritime Melaka yang terletak di Bandaraya Melaka. Di situ kami dapat melihat meriam lama yang digunakan pada zaman penjajahan Portugis dan Belanda.


Ini ialah antara pameran yang terdapat di dalam Muzium Samudera Melaka. 

Kami juga sering melawat ke Muzium Kapal Selam Melaka. Pengunjung boleh masuk ke dalam  kapal tersebut. Ruangnya amat sempit dan panas. Saya merasa amat gembira apabila saya dapat mengunjungi negeri Melaka selalu.



Pengalaman di SK Sungai Binjai, Meru

Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai, inilah sekolah saya semenjak dari Tahun 1 hingga  Tahun 6 banyak pengalaman yang indah yang perlu saya...